JENIS-JENIS MAKHLUK PEROSAK DAN TANDA-TANDA KEHADIRAN
6.PEPIJAT
Pepijat (bed bugs) ialah serangga parasit kecil berbentuk bujur, berwarna coklat, dan hidup dengan menghisap darah manusia atau haiwan berdarah panas, terutamanya di celah tilam/katil. Ia aktif pada waktu malam, gigitannya menyebabkan gatal teruk, dan ia sangat lasak kerana boleh bertahan hidup hingga setahun tanpa makanan.
Tanda Kehadiran Pepijat
- Kesan gigitan gatal dan kemerahan pada kulit
- Kesan bintik darah atau najis pepijat pada cadar
- Bau hapak di kawasan jangkitan
- Gangguan tidur dan rasa tidak seles
7.KUTU KUCING
Kutu kucing (Ctenocephalides felis) ialah parasit luar kecil yang menghisap darah, menyebabkan kegatalan melampau, jangkitan kulit, dan anemia jika tidak dirawat. Ia membiak pantas (sehingga 10,000 telur sekali gus) dan boleh melompat dari kucing ke kucing, serta berpotensi menggigit manusia. Kawalan melibatkan ubat kutu veterinar, syampu, dan pembersihan persekitaran.
Tanda Kehadiran Kutu Kucing
- Kucing kerap menggaru atau menjilat badan
- Kesan bintik hitam (najis kutu) pada bulu atau kawasan tidur kucing
- Gigitan kecil & gatal pada kaki atau pergelangan manusia
- Kutu kelihatan melompat di permaidani atau tilam
Risiko & Bahaya:
- Kegatalan & Alahan Kulit
Kutu menggigit kulit kucing dan manusia, menyebabkan kegatalan, ruam merah dan reaksi alahan.
- Pembiakan Pantas
Seekor kutu betina boleh bertelur ratusan dalam beberapa hari, menyebabkan infestasi besar dalam masa singkat.
- Gangguan Di Rumah
Kutu bukan saja menjangkiti haiwan, malah boleh menyerang manusia dan mencemari kawasan tidur atau ruang tamu.
8.KELAWAR
Kelawar mungkin kelihatan tidak berbahaya, namun kehadirannya di kawasan rumah boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan dan gangguan kepada penghuni.
Risiko & Bahaya Kelawar:
- Pembawa Penyakit Berbahaya
Kelawar berpotensi menyebarkan virus seperti rabies dan penyakit paru-paru seperti Histoplasmosis, yang boleh tersebar melalui spora kulat dalam najis kelawar (guano).
- Pencemaran & Bau
Najis kelawar terkumpul boleh menghasilkan bau busuk dan menjadi tempat pembiakan kulat serta bakteria yang membahayakan.
- Gangguan di Dalam Rumah
Kelawar aktif pada waktu malam, dan jika bersarang di bumbung atau siling, ia akan menimbulkan bunyi bising serta meninggalkan kotoran di sekeliling rumah.
- Risiko Parasit Sekunder
Kelawar juga membawa parasit seperti kutu, pepijat, atau tungau yang boleh merebak ke dalam rumah dan menyerang manusia serta haiwan peliharaan.
- Kerosakan Struktur
Kehadiran kelawar dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kerosakan pada struktur rumah, termasuk kayu, siling, dan lapisan penebat.
9.BURUNG
Walaupun burung sering dianggap jinak dan tidak berbahaya, burung seperti merpati dan burung gagak boleh menjadi perosak apabila bersarang di kawasan kediaman atau bangunan komersial. Kehadiran mereka boleh menyebabkan pelbagai isu kesihatan dan kerosakan fizikal jika tidak dikawal dengan betul
Risiko & Bahaya Burung
- Pembawa Penyakit
Burung boleh menyebarkan pelbagai penyakit melalui najis mereka seperti:
* Cryptococcosis
* Histoplasmosis
* Psittacosis
Penyakit ini boleh membahayakan terutamanya kepada warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.
- Pencemaran Najis & Bau
Najis burung yang terkumpul bukan sahaja mengotorkan kawasan, tetapi juga menghasilkan bau yang busuk dan menjadi medium pembiakan bakteria serta kulat.
- Kerosakan Struktur Bangunan
Najis burung yang bersifat asid boleh menyebabkan hakisan pada permukaan logam, konkrit, dan cat, merosakkan struktur luar bangunan.
- Bunyi Bising & Gangguan
Burung yang bersarang di bumbung atau loteng boleh menimbulkan bunyi berterusan, terutamanya pada waktu pagi dan petang. - Risiko Parasit
Burung sering membawa parasit seperti hama burung (bird mites), kutu dan pepijat, yang boleh menyerang manusia jika bersarang terlalu dekat dengan ruang kediaman.
10.SEMUT CHARLIE /ROVE BETTLE
Semut Charlie, atau nama sebenarnya Rove Beetle, bukan seperti semut biasa. Walaupun bersaiz kecil dan kelihatan tidak mengancam, serangga ini sangat berbisa dan boleh menyebabkan kesan luka terbakar pada kulit manusia.
Di Mana Semut Charlie Biasa Dijumpai?
✅ Tertarik kepada cahaya – sering masuk ke dalam rumah pada waktu malam
✅ Kawasan lembap dan berumput seperti:
- Taman
- Kawasan paya
- Longkang
- Sekitar rumah yang kurang bersih
Bahaya Semut Charlie
- Mengandungi Toksin Pederin
Apabila semut Charlie diusik atau dihancurkan atas kulit, ia akan melepaskan toksin pederin — sejenis bahan kimia yang sangat merengsa.
➡️ Boleh menyebabkan luka seperti melecur, lepuh, dan iritasi teruk pada kulit.
- Gejala Kulit
*Kemerahan
*Melecur atau melepuh
*Gatal yang kuat
*Luka bernanah jika tidak dirawat
- Mudah Menyebar
Toksin pada kulit boleh tersebar ke kawasan lain jika tidak dibasuh segera, menyebabkan luka semakin merebak.
